Pages

Tuesday, 20 December 2011

KARI IKAN NYOK-NYOK

Hari ni kita makan kari , sedapnya...lama saya tak masak kari ikan nyok-nyok ni , macam biasa pagi tadi saya pegi pasar nak cari ikan nak masak kari so bila nampak saja ikan nyok-nyok segar kulit yang masih berkilat ni terus la saya beli . Balik rumah terus saya siang/bersihkan ikan yang segar ni dan bila saya potong ikan ni isinya putih padat . Selalunya kalau masak kari ikan saya suka guna ikan bawal , ikan nyok-nyok , ikan merah , ikan jenahak , ikan pari ,ikan senangin , ikan duri , ikan sembilang dan ikan kembong sebab semua ikan ni isinya manis dan padat . Ok jom kita makan kari hari ni , sambal belacan pun dah siap Nannie buat tu mmmm sedap laaa


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan nyok-nyok - dlm 800grm / 1 kg
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 peket rempah kari ikan - saya guna Baba`s 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
2 biji tomato masak ranum
1 biji terung panjang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan ikan nyok-nyok dan dipotong menjadi 3-4 bahagian . Kupas semua bawang serta racik nipis-nipis kemudian potong tomato menjadi ketulan kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu . Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit . Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar sampai kuah mendidih dan jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit saja air dan kacau.


- Boleh la dimasukkan semua ikan tadi ke dalam kuah kari yang mendidih serta masukkan garam secukup rasa kemudian kacau . Boleh dirasa kuah kari jika ada bahan yang kurang boleh ditambah macam garam dan air asam jawa .

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya
terung terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak terung begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan jadi lembek.

Isi ikan nyok-nyok yang sedap..

2 comments:

  1. sedapnyeee ikan nyok2..memang fav la ikan ni...ade plak ulam dan sambal belacan..memang syiok makan

    ReplyDelete
  2. salam nannie...Liza suka rasa isi ikan nyok2 ni...selalu pun liza buat kari atau grg jer ikan ni....best kan isi dia...

    ReplyDelete